TERLAJAK TULIS BOLEH DELETE, TERLAJAK BACA LIKE LA SIKIT.. :)

EVERYDAY IS A NEW DAY & NEVER EXPECT ANYTHING BOMBASTIC AKAN MUNCUL DENGAN TIBA-TIBA KALAU KAU SENDIRI XPERNAH TRY TO MAKE SOME CHANGE IN YOURSELF!
follow Cik Olip di Pencicip "Twitter" yok! @MahfuzahZainal
"ILMU ITU PENYULUH HIDUP... TAPI JANGAN SAMPAI MENYILAUKAN MATA ORANG LAIN..."
#renung-renungkan.

Wednesday, January 2, 2013

AWAN YANG TERPILU


♥ ♥ ♥ SEBELUM KITA MENCINTAI SESEORANG ♥ ♥ ♥



~ ASSALAMUALAIKUM SEMUA ~


"Pesan pada DIRI.. Jangan tersalah memberi HATI pada insan yang TAK SUDI.. Pada insan yang tak MENGERTI.. Kerana,sekali kau memberi, selamanya dia di HATI.. Kerana,sekali kau dilukai, sampai bila2 tetap kau ingati..Pesan lagi pada diri, hati2lah dalam memberi HATI sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI ... !!! "



Perempuan cepat sayang,
Perempuan cepat rindu,

Perempuan cepat cemburu,

Perempuan cepat sedih,
Perempuan cepat merajuk,
Perempuan cepat marah,
Perempuan cepat senyum,

tapi perempuan TIDAK CEPAT melupakan orang yang dia sayang ♥


"Awak janji tau, jangan sayangkan orang lain ye. Awak kena sayangkan kita je tau." Gadis itu beriya-riya mengharapkan kasih lelakinya.

"Ermmm." Teman lelakinya mengangguk perlahan. Dalam hatinya seperti ada sesuatu yang tersimpan.

"Awak janganlah risau, ada jodoh nanti, adalahkan?" Jawab teman lelaki acuh tak acuh.

"Tak kira, walau apapun terjadi, saya tetap sayangkan awak!" gadis itu menjawab..

Selang beberapa bulan, mereka terputus hubungan sebentar. Rupa-rupanya teman lelakinya sudah bertunang dengan gadis lain, dan akan berkahwin dengan gadis pilihan ibunya.

Si gadis itu tersentak mendengar khabar berita tersebut. Jantungnya bagai direnggut ganas. Jiwanya kosong. Jeda. Siang malam dia berendam airmata.

Sketsa seperti ini yang selalu terjadi dikalangan pemuda-pemudi sekarang. Bila bercinta bagai nak rak, segala harapan ditaburkan. Segala kelebihan diberikan. Namun akhirnya, ia hilang begitu sahaja. Hanya berteman airmata.

p/s : Elakkanlah bercinta dan menjalinkan hubungan pada sesuatu yang tidak pasti. Mahu kenal, biar ala-ala kadar sahaja, itupun jika kerana mahu berkahwin. Kalau tidak ada niat untuk berkahwin, HINDARKAN..



kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia,
nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya

tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah,

Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

cintai si dia dalam diam,
dari kejauhan dengan kesederhanaan & keikhlasan

jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..

*tajuk entry xbleh blah.. thihiii~
:batman: ^_^

No comments:

Post a Comment

Maw bersuara? Silakan~